Fungsi Unit

Ditulis pada .

Fungsi Unit

Mengkaji sistem-sistem dan prosedur organisasi bagi menentukan kawalan dalaman adalah mencukupi dan berkesan.

Mengkaji sama ada undang-undang, peraturan-peraturan, arahan-arahan dan dasar-dasar yang berkuatkuasa dipatuhi.

Mengkaji operasi-operasi organisasi dari segi kecekapan, keberkesanan, keekonomian dan kesesuaian.

Menentukan sama ada harta-harta kerajaan diakaunkan dan dilindungi dari kehilangan.

Memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri melalui laporan atau pemerhatian secara bebas, objektif dan tepat pada masanya mengenai operasi organisasi yang di audit.

Menyusuli semua laporan / pemerhatian audit yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara.

Mencadangkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi organisasi.

Mengemukakan Laporan  Audit Dalam kepada Jawatankuasa Kewangan Negeri dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri.

Menyediakan rancangan audit tahunan dan mengemukakannya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk kelulusan.

Menyediakan Laporan Audit Tahunan.