Perutusan Ketua Audit Dalam

Ditulis pada .

 

 

Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke Laman Web Unit Audit Dalam (UAD), Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Unit ini ditubuhkan dengan objektif untuk membantu mempertingkatkan pengurusan kewangan dan akauntibiliti di semua jabatan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan negeri.

Seiring dengan objektif di atas, UAD telah berusaha untuk menjalankan kewajipan yang diamanahkan dan akan sentiasa bersiap sedia untuk menyahut tugasan yang lebih mencabar. Matlamat untuk menjadikan jabatan dan agensi yang berteraskan kualiti akan dapat dicapai sepenuhnya dengan peranan bersama yang dimainkan oleh UAD dengan jabatan-jabatan dan agensi.

Saya berharap laman web ini akan dapat memberi manfaat kepada pelayar-pelayar yang memerlukan maklumat berkaitan peranan dan tanggungjawab UAD Pejabat SUK Negeri Terengganu. Pandangan membina juga amat dialu-alukan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan mutu laman web ini.
Sekian, Terima Kasih.


KETUA  AUDIT DALAM,

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU.