TAKLIMAT TRACE

Ditulis pada .

Satu taklimat berkaitan auditan atas talian TRACE ( Terengganu Rating & Auditing Compliance System ) akan diadakan pada 20 Februari 2017 bertempat di Pejabat Daerah Kemaman (melibatkan semua jabatan kerajaan daerah Dungun dan Kemaman), 22 Februari 2017 di Pejabat Daerah Besut (melibatkan semua jabatan kerajaan daerah Setiu dan Besut) dan 27 Februari 2017di Pejabat Daerah Hulu Terengganu (melibatkan semua jabatan kerajaan daerah Kuala Nerus dan Hulu Terengganu). Sehubungan dengan itu kesemua wakil jabatan dijemput hadir pada tarikh yang telah ditetapkan agar taklimat TRACE ini dapat disampaikan secara jelas kepada semua auditi untuk membantu pelaksanaan auditan secara atas talian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.

PEKELILING PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI TERENGGANU BIL.1 TAHUN 2017 (ANGGARAN PERBELANJAAN 2017)

Ditulis pada .

Senarai Edaran Pekeliling Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu Bil.1 Tahun 2017 (Anggaran Perbelanjaan 2017) daripada YB Pegawai Kewangan Negeri Terengganu  telah diedarkan kepada semua Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan/Ketua Pusat Tanggung Jawab Jabatan Kerajaan Negeri yang menerangkan maksudnya dengan sendiri untuk makluman dan perjalanan YBhg. Dato' / Tuan / Puan selanjutnya. Sila rujuk kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri untuk maklumat selanjutnya.

PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI TERENGGANU BILANGAN 4 TAHUN 2016

Ditulis pada .

Pekeliling Perbendaharaan Negeri Terengganu Bil. 4 tahun 2016 bertarikh 20 Oktober 2016 telah diedarkan kepada Semua Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan/Ketua Pusat Tanggung Jawab Jabatan Kerajaan Negeri, Terengganu dan Semua Ketua Jabatan/ketua Pusat Tanggung Jawab Persekutuan Yang Berkenaan Sahaja

Sila Rujuk kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu untuk maklumat lanjut.