MAJLIS PELANCARAN BUKU SENARAI SEMAK BERASASKAN INDEKS AKAUNTABILITI

Ditulis pada .

 

Majlis Pelancaran Buku Senarai Semak Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti telah berlangsung dengan jayanya pada 16 November 2017 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail.

Tujuan penerbitan Senarai Semak ini adalah untuk memberi panduan umum kepada semua ketua jabatan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan Pusat Tanggungjawab masing-masing supaya dapat melaksanakan tugas dengan cekap, berkesan dan teratur.

Sebanyak 300 naskah buku  telah diterbitkan dan  diedarkan kepada semua jabatan  di bawah Kerajaan Negeri, Badan berkanun Negeri dan juga PBT.