Fungsi Unit

Ditulis pada .

Fungi Unit Audit Dalam
 

Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.

Mengenalpasti sama ada aset kerajaan telah diuruskan dengan baik dan betul serta dibendung dari penyelewengan dan pemborosan.

Menitikberat semua laporan / pemerhatian audit yang telah diajukan oleh Jabatan Audit Negara.

Mengkaji tahap pematuhan segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.

Melaporkan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri secara telus dan tepat pada masanya mengenai audit.

Memantau dan menyelesaikan isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dipaparkan di laman sesawang Ketua Audit Negara yang dikenali sebagai AG’s Dashboard.