Perutusan Ketua Audit Dalam

Ditulis pada .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke Allah S.W.T dengan izinNya jua laman sesawang Unit Audit Dalam (UAD), Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dapat dibangunkan selaras dengan Visi dan Misi unit ini. Unit Audit Dalam memainkan peranan yang penting untuk membantu mempertingkatkan pengurusan kewangan dan akauntabiliti di semua jabatan, badan berkanun dan agensi kerajaan. Sesebuah organisasi yang berkesan haruslah di urus mengikut undang-undang, peraturan, piawaian dan arahan yang berkaitan serta berkuatkuasa pada masa itu bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang ditawarkan  sentiasa cemerlang. Penilaian kepada semua proses kawalan dan tadbir urus akan dilaksanakan terhadap aktiviti-aktiviti sesebuah organisasi bagi memastikan matlamatnya dicapai dengan penggunaan sumber secara berhemat, cekap dan berkesan. Pada akhirnya, organisasi dapat menyediakan perkhidmatan yang efisien dan telus selain memastikan amalan pengurangan pembaziran dapat dilaksanakan disamping memupuk budaya 'Value For Money'. Mudah-mudahan urusan dan usaha kita di permudahkan, dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Selamat melayari laman sesawang UAD, semoga memberi manfaat kepada semua.

 Sekian, terima kasih.

 

PN.HJH MALDIANA BT ABD PATAH

KETUA  AUDIT DALAM

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.